Monday, October 25, 2010

1001 RASA

Hai..aku rasa mcm sesak nafas sejak akhir2 ni...tak tahu apa yg berlegar2 dikepala aku..suka, gembira, tawa, tangis, kesunyian, nak keluar, nak duduk dalam rumah, tgk movie, tapi satu pun tak memuaskan hati aku...apa yg aku nak sebenarnya..aku masih lagi tgh memikirkannya....susahnya hidup jauh dari sedara mara..tak tahu nak luahkan di mana..tp yang pasti aku masih blh bergembira bersama anak-anak dan suamiku..maybe aku perlukan satu x-faktor utk menjadi pemangkin dalam fasa perubahan hidup aku skrg ni..apa yer..tgh dok cari lagi ni...kalau la ada my sister, my fren yg sekepala tu, blh la minta pendapat mereka....huhuhu..i miss them a lot..:(

Monday, October 18, 2010

Icha & Hernia

Anak kecil aku , Icha mengalami herni@angin pasang..aku dapat detect sehari sebelum balik semula ke Dubai. Emm..doktor mengatakan jalan penyelesaian utk hernia cuma pembedahan..sedihnya hati aku dengar..kecik2 anak aku dah ada pembedahan walaupun 'minor surgery'. Maka tanggal 14/10/2010, genap umur Icha 2 thn 9 bulan, Icha menjalani pembedahannya yg pertama dan terakhir diharapkan di Medcare Hospital, Dubai..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.




                                        Sebelum pembedahan, menangis sbb kena pakai uniform lain.




                                          Selepas pembedahan, masa ni,Icha masih belum sedar..




                                               Tempat yg di bedah, skrg dah ok..alhamdulillah..




                                                    Selepas sedar, masih mamai, sikit2..




                                                Icha seorang anak yg sgt ceria, ni sebelum masuk wad.

Sunday, October 10, 2010

Satu Kenangan

Sudah sebulan Ramadhan meninggalkan kita.Aku tak pasti sama ada aku masih berpeluang untuk berjumpa Ramadhan di tahun akan datang.Aku berharap semoga aku dipanjangkan umur utk aku berpeluang merasai suasana berpuasa di bumi Dubai ini.Untuk tahun ini aku tak dapat merasainya kerana aku dan suami aku tersalah 'planning'..huhuhu...Tak apa la..sekurang2nya aku dapat menemani mak dan abah berpuasa di kg..walaupun byk perkara yang tak dapat aku lakukan.., maklumla dok kg..faham2 je la kan..dgn line internet yg tidak ada, mujurla adik aku dah masukkan astro..kalau tidak..mati kutu la aku...tambahan pula kg aku skrg dah tak mcm dulu..tak mesra alam semua..tempat aku melepak2 diwaktu kecil pun dah tak ada..sungai pun dah cetek airnya..arghh....kadang2 aku benci dengan pembaharuan yg berlaku di kampung aku..tp bak kata org..inilah pengorbanan sebuah kemajuan...