Tuesday, December 14, 2010

Macam-macam ada di Global Village

Global Village yg terletak di Dubailand, cuma beroperasi pada musim sejuk sahaja. Bermula akhir November sehinggalah bulan Februari. Apa yang menariknya kita blh membeli, melihat pelbagai barangan dari negara-negara lain yang menyertainya. Terdapat 'booth' dari negara Thailand, Egypt, Turki, Kenya, Syria, China, India, Pakistan dan lain-lain lagi.Oh tak ketinggalan untuk tahun ni, Malaysia juga menyertainya...Alangkah gembiranya, dpt la aku mencari barang2 buat stok..Dibuka setiap hari , bermula dari pukul 4 petang hingga la lewat mlm..Apalagi, aku sekeluarga pun tak melepaskan peluang untuk berkunjung Global Village ni..kalau blh tiap2 minggu nak pergi, tp disebabkan nak masuk pun kena bayar, so, tak blh la kerap sangat kan..wp 10aed seorang, mcm aku yg 5 orang ni, dah jadi 50aed sekali masuk kan...dah la barang2 yg dijual, blh tahan la mahalnya..semangkuk tomyam berharga 25aed..huhuhu..tp sedap..so, blh la untuk melepaskan keinginan..




                                                     Entrence Global Villlage


                                                       Ni kat 'booth'China






                                                     Depan 'booth' Vietnam




                                               Persembahan di depan 'booth' Iraq




My kids la yg paling suka kalau pergi Global Village ni, dapat main puas2..:))

Monday, December 6, 2010

1st time trip to Abu Dhabi

Cuti raya haji kali ni agak panjang, aku mula la membuat plan utk berjalan2.Mulanya aku bercadang nak bercuti ke Musaddam, Oman.Akhirnya, hajat tak kesampaian sebab suami kesayangan aku terpaksa 'stand by' , ye la dah jd planning project kena la make sure settle semua baru blh berseronok kan..dipendekkan cerita, kami pun cuma blh berjalan2 di dalam UAE sahaja..Emmm..mujur aku belum pernah ke Abu Dhabi, so enjoy la jgk..nama pun bercuti kan..offcourse la enjoy...maybe akan datang lagi for 2nd trip...:))




Ni masjid yg terbesar kat UAE. Nama pun 'Grand Mosque' mestilah besar kan..dr jauh aku nampak masjid ni , subhanallah..cantiknya..putih bersih..menitik air mata melihat rumah Allah yg sebegini cantik..semoga keimananku semakin menebal di dalam hati ini..amin..
Aku bersama anak2 aku yg semakin keletah, tambah2 yg kecik sekali ni..byk tul akal dia..hehehe..tp aku terasa amat bahagia melayan mereka, walaupun kadang2 akan menaikkan tekanan darah aku..huhuhu..anak2 adalah anugerah Allah yg harus aku pelihara..insyaAllah akan aku didik anak2 aku menjadi insan yg soleh dan solehah..




Ni namanya suka glemer syok sendiri..hehhe..with my Icha yg suka glemer2 mcm ibu dia..hope Icha jgn over sgt2 yer bila dah besar nanti..






Sesekali tgk gambar sekeluarga ni, mcm nak tambah ahli lagi..tp..emmm..tunggu la dulu yer..yg ada sekarang pun pening kepala nak didik...insyaAllah kalau rezeki ada tak kemana...

Tuesday, November 2, 2010

'Halloween'

Hari khamis : Selepas balik sekolah, Balqis dah bgtau ibu yg dia nak pakai costume witch pada hari ahad ni.Pada hari tu ,sekolah dia ada anjurkan pakaian beragam sempena halloween. Kalau ikutkan hati, memang tak nak bagi dia join sekali, tapi memikirkan inilah masa dia untuk berseronok dengan kawan2 dia kan..so, ibu pun usahakan la jugak.Tp ibu siap pesan dgn Balqis, ini hanya pakaian beragam untuk dia berseronok dgn kwn2 sahaja, kita sebagai org Islam tak blh meraikannya. Harap2 Balqis memahaminya..Bazli pun minta jugak..dia nak baju spiderman...emmm..nanti ibu cari yer..


Hari jumaat : Kami ada jemputan majlis harijadi anak kwn di Silicon Oasis. Icha pulak tetiba demam..emm..mcm mana ibu ngan ayah nak cr costume utk mereka ni. Tak pa sabar je la dulu. Balik dr majlis Balqis pulak demam..aduh..ibu kena berjaga la mlm ni, tak pa la demi anak2 kan...


Hari sabtu: Ayah kata dia ada byk kerja nak buat..emm..tak blh nak cari lagi la costume tu lagi. Kesian anak ibu. Tiba2 ayah cadangkan, ibu jer keluar cari costume tu, biar ayah jaga anak2 kat umah sambil buat kerja. So, ptg tu ibu pun keluar la sorang2 pergi Mirdif City Centre. Ibu bgtau ayah, yg ibu cuma nak cari kat mall ni sahaja, kalau ada rezeki budak2 la, kalau tak ade, tak payah join je la..apa nak buat. Selama 2 jam ibu berjalan tanpa berhenti, akhirnya ibu dapat juga membeli costume untuk anak2 ibu. Mujur Balqis dpt juga ibu belikan costume witch walaupun gaun tu nanti akan jd milik ibu..hehhehe..Kesian Bazli, dia nak spiderman, tp yg tinggal semuanya besar saiz nya..Akhirnya ibu beli costume pirate (jack sparrow tu), tp ibu kena alter la sket kan...Apa nak buat, anak2 ibu semuanya comey2 jer bdn..mcm ibu jgk kan..:))


                             ini la hasilnya..si hensem dan si cantik ibu dgn costume masing2..




Hari ahad : Anak2 ibu pergi kesekolah dgn costume masing2..Ceria muka sorang2..,ibu pun tumpang gembira bila anak ceria kan.Pagi tu Balqis siap suruh ibu make upkan dia, katanya teacher pesan suruh makeup..Alamak, ibu tak der lipstik hitam..pakai yg ni pun jadi la yer..baru anak ibu cantik sket kan..


Hari isnin : Malam tu, ayah buka beg Balqis nak tgk apa kerja rumah yg ada..Alih2 ayah terjumpa sekeping kad tahniah. Rupa2nya ada juga pertandingan untuk pakaian beragam ni..Balqis dpt 'Best Costume'., berbaloi la ibu berusaha pergi cari dan beli walaupun sorang2 je merayau kat mall tu..nonstop walking tu..balik umah terus lapar..hehhehhe..


                                                    tak sangka ibu..dpt tempat pertama tu ..:))

Monday, October 25, 2010

1001 RASA

Hai..aku rasa mcm sesak nafas sejak akhir2 ni...tak tahu apa yg berlegar2 dikepala aku..suka, gembira, tawa, tangis, kesunyian, nak keluar, nak duduk dalam rumah, tgk movie, tapi satu pun tak memuaskan hati aku...apa yg aku nak sebenarnya..aku masih lagi tgh memikirkannya....susahnya hidup jauh dari sedara mara..tak tahu nak luahkan di mana..tp yang pasti aku masih blh bergembira bersama anak-anak dan suamiku..maybe aku perlukan satu x-faktor utk menjadi pemangkin dalam fasa perubahan hidup aku skrg ni..apa yer..tgh dok cari lagi ni...kalau la ada my sister, my fren yg sekepala tu, blh la minta pendapat mereka....huhuhu..i miss them a lot..:(

Monday, October 18, 2010

Icha & Hernia

Anak kecil aku , Icha mengalami herni@angin pasang..aku dapat detect sehari sebelum balik semula ke Dubai. Emm..doktor mengatakan jalan penyelesaian utk hernia cuma pembedahan..sedihnya hati aku dengar..kecik2 anak aku dah ada pembedahan walaupun 'minor surgery'. Maka tanggal 14/10/2010, genap umur Icha 2 thn 9 bulan, Icha menjalani pembedahannya yg pertama dan terakhir diharapkan di Medcare Hospital, Dubai..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.




                                        Sebelum pembedahan, menangis sbb kena pakai uniform lain.




                                          Selepas pembedahan, masa ni,Icha masih belum sedar..




                                               Tempat yg di bedah, skrg dah ok..alhamdulillah..




                                                    Selepas sedar, masih mamai, sikit2..




                                                Icha seorang anak yg sgt ceria, ni sebelum masuk wad.

Sunday, October 10, 2010

Satu Kenangan

Sudah sebulan Ramadhan meninggalkan kita.Aku tak pasti sama ada aku masih berpeluang untuk berjumpa Ramadhan di tahun akan datang.Aku berharap semoga aku dipanjangkan umur utk aku berpeluang merasai suasana berpuasa di bumi Dubai ini.Untuk tahun ini aku tak dapat merasainya kerana aku dan suami aku tersalah 'planning'..huhuhu...Tak apa la..sekurang2nya aku dapat menemani mak dan abah berpuasa di kg..walaupun byk perkara yang tak dapat aku lakukan.., maklumla dok kg..faham2 je la kan..dgn line internet yg tidak ada, mujurla adik aku dah masukkan astro..kalau tidak..mati kutu la aku...tambahan pula kg aku skrg dah tak mcm dulu..tak mesra alam semua..tempat aku melepak2 diwaktu kecil pun dah tak ada..sungai pun dah cetek airnya..arghh....kadang2 aku benci dengan pembaharuan yg berlaku di kampung aku..tp bak kata org..inilah pengorbanan sebuah kemajuan...

Thursday, May 20, 2010

KESUNYIAN

tatkala aku menulis ni..hati ku betul2 kesunyian..sunyi dengan gurau senda kawan2..ntah kenapa kebosanan kembali menghantui hidup ku yg aku kira sudah tidak sepatutnya berlaku...arghhh...tak suaknya berada dalam situasi sebegini..aku harus melakukan perubahan dalam hidup ku..agar aku tidak terus dihantui perasaan sunyi dibumi arab ini...aku masih ada tanggungjawab yg harus aku tunaikan...ini adalah amanah dari Yang Maha Esa...aku harus memelihara dengan sebaik mungkin..

Friday, February 12, 2010

DSF...apa itu???

selalu jawapan yang aku dgr bila aku bgtau yg aku akan tinggal di Dubai.."wah..nanti blh shoping la kat sana"...apa yg menariknye kat dubai ni..cuti thn lepas aku dah dtg dah tp tak der apa pun yg blh aku shoping..mahal jer brg2 nya...emmm..kenapa kwn2 ckp best dok dubai ni..syurga shoping la..mcm2 ada kat sini..rata2 jeles dgn penempatan baru aku ini....
ohhh..skrg baru aku tahu kenapa mereka kata dubai ni syurga shoping..."Dubai Sale Festival a.k.a DSF" ...mmg betul2 festival sale kat sini..aku tak pernah tgk brg2 yg branded , yg mana dulu mmg aku tak mampu nak belikan untuk anak aku sbbnya kalau sale pun..ala..10%..dah la mahal..tp skrg..dgn kembang kecupnya aku memborong baju2 yg branded utk anak2 aku..sbbnya..sale dia mencecah 75%..tak ke gila shoping aku dibuatnya..
skrg koleksi anak aku bertambah byk..ayahnya dah pening kepala..hahaha..hajat dihati nak saving byk2 yer..sekali bwk anak bini..byk yg keluar ye..hehehe..sory darling..bak kata mcm lagu raya..."setahun hanya sekali"..

Wednesday, January 27, 2010

Happy birthday Sayang..

 

tada..inilah suami kesayangku..mr.badrul...hari ni merupakan harijadinya yg ke-33..hehehhe tak blh nak tukar2, sebabnya ikut mana pun nombor tu jugak...
Abang..sepanjang perkahwinan kita selama 7 tahun, dah banyak yg kita tempuhi bersama-sama..susah,senang, tawa, duka..semua kita ada..yan bersyukur sangat sebab mempunyai suami seperti abang..terima kasih sayang sebab masih menyayangi yan dan sabar selalu dengan karenah yan..(hehehe..iyelah anak sulung, selalu nak menang)...
I LOVE U SO MUCH !!!!