Tuesday, November 2, 2010

'Halloween'

Hari khamis : Selepas balik sekolah, Balqis dah bgtau ibu yg dia nak pakai costume witch pada hari ahad ni.Pada hari tu ,sekolah dia ada anjurkan pakaian beragam sempena halloween. Kalau ikutkan hati, memang tak nak bagi dia join sekali, tapi memikirkan inilah masa dia untuk berseronok dengan kawan2 dia kan..so, ibu pun usahakan la jugak.Tp ibu siap pesan dgn Balqis, ini hanya pakaian beragam untuk dia berseronok dgn kwn2 sahaja, kita sebagai org Islam tak blh meraikannya. Harap2 Balqis memahaminya..Bazli pun minta jugak..dia nak baju spiderman...emmm..nanti ibu cari yer..


Hari jumaat : Kami ada jemputan majlis harijadi anak kwn di Silicon Oasis. Icha pulak tetiba demam..emm..mcm mana ibu ngan ayah nak cr costume utk mereka ni. Tak pa sabar je la dulu. Balik dr majlis Balqis pulak demam..aduh..ibu kena berjaga la mlm ni, tak pa la demi anak2 kan...


Hari sabtu: Ayah kata dia ada byk kerja nak buat..emm..tak blh nak cari lagi la costume tu lagi. Kesian anak ibu. Tiba2 ayah cadangkan, ibu jer keluar cari costume tu, biar ayah jaga anak2 kat umah sambil buat kerja. So, ptg tu ibu pun keluar la sorang2 pergi Mirdif City Centre. Ibu bgtau ayah, yg ibu cuma nak cari kat mall ni sahaja, kalau ada rezeki budak2 la, kalau tak ade, tak payah join je la..apa nak buat. Selama 2 jam ibu berjalan tanpa berhenti, akhirnya ibu dapat juga membeli costume untuk anak2 ibu. Mujur Balqis dpt juga ibu belikan costume witch walaupun gaun tu nanti akan jd milik ibu..hehhehe..Kesian Bazli, dia nak spiderman, tp yg tinggal semuanya besar saiz nya..Akhirnya ibu beli costume pirate (jack sparrow tu), tp ibu kena alter la sket kan...Apa nak buat, anak2 ibu semuanya comey2 jer bdn..mcm ibu jgk kan..:))


                             ini la hasilnya..si hensem dan si cantik ibu dgn costume masing2..




Hari ahad : Anak2 ibu pergi kesekolah dgn costume masing2..Ceria muka sorang2..,ibu pun tumpang gembira bila anak ceria kan.Pagi tu Balqis siap suruh ibu make upkan dia, katanya teacher pesan suruh makeup..Alamak, ibu tak der lipstik hitam..pakai yg ni pun jadi la yer..baru anak ibu cantik sket kan..


Hari isnin : Malam tu, ayah buka beg Balqis nak tgk apa kerja rumah yg ada..Alih2 ayah terjumpa sekeping kad tahniah. Rupa2nya ada juga pertandingan untuk pakaian beragam ni..Balqis dpt 'Best Costume'., berbaloi la ibu berusaha pergi cari dan beli walaupun sorang2 je merayau kat mall tu..nonstop walking tu..balik umah terus lapar..hehhehhe..


                                                    tak sangka ibu..dpt tempat pertama tu ..:))