Tuesday, December 14, 2010

Macam-macam ada di Global Village

Global Village yg terletak di Dubailand, cuma beroperasi pada musim sejuk sahaja. Bermula akhir November sehinggalah bulan Februari. Apa yang menariknya kita blh membeli, melihat pelbagai barangan dari negara-negara lain yang menyertainya. Terdapat 'booth' dari negara Thailand, Egypt, Turki, Kenya, Syria, China, India, Pakistan dan lain-lain lagi.Oh tak ketinggalan untuk tahun ni, Malaysia juga menyertainya...Alangkah gembiranya, dpt la aku mencari barang2 buat stok..Dibuka setiap hari , bermula dari pukul 4 petang hingga la lewat mlm..Apalagi, aku sekeluarga pun tak melepaskan peluang untuk berkunjung Global Village ni..kalau blh tiap2 minggu nak pergi, tp disebabkan nak masuk pun kena bayar, so, tak blh la kerap sangat kan..wp 10aed seorang, mcm aku yg 5 orang ni, dah jadi 50aed sekali masuk kan...dah la barang2 yg dijual, blh tahan la mahalnya..semangkuk tomyam berharga 25aed..huhuhu..tp sedap..so, blh la untuk melepaskan keinginan..




                                                     Entrence Global Villlage


                                                       Ni kat 'booth'China






                                                     Depan 'booth' Vietnam




                                               Persembahan di depan 'booth' Iraq




My kids la yg paling suka kalau pergi Global Village ni, dapat main puas2..:))

No comments: